A𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟓 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

𝐊𝐀𝐍𝐆𝐀𝐑, 𝟏𝟐–𝟏𝟑 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis (PLANMalaysia Perlis) telah menerima pelaksanaan Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM Malaysia yang berlangsung selama dua (2) hari, bermula 12 hingga 13 Oktober 2026.

Audit ini telah dilaksanakan oleh dua (2) orang juru audit yang diketuai oleh En. Mohd Nasir bin Md. Zainuddin bagi menilai tahap pematuhan, keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) serta komitmen jabatan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan.

PENEMUAN AUDIT
Tahniah, audit yang telah dilaksanakan mencatatkan pencapaian berikut:
 0 Ketidakakuran (NCR)
 3 Peluang Penambahbaikan (OFI)

Pencapaian sifar ketidakakuran ini mencerminkan komitmen warga PLANMalaysia Perlis dalam memastikan sistem pengurusan kualiti jabatan dilaksanakan secara konsisten, teratur dan selaras dengan keperluan standard MS ISO 9001:2015.
Pada masa yang sama, tiga (3) peluang penambahbaikan yang dikenal pasti akan dijadikan panduan untuk memperkukuh pelaksanaan sistem pengurusan kualiti serta memupuk budaya penambahbaikan berterusan dalam kalangan warga jabatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pasukan juru audit SIRIM Malaysia serta seluruh warga PLANMalaysia Perlis atas kerjasama, komitmen dan usaha yang diberikan sepanjang pelaksanaan audit ini.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan PLANMalaysia Perlis dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan demi merealisasikan perancangan bandar yang mampan, berkualiti dan sejahtera untuk Negeri Perlis.
PLANMalaysia Perlis – Komited ke Arah Kecemerlangan Perkhidmatan!
 

 

Statistik Portal

    Jumlah pelawat : 110613
    Masa Capaian :  0.47 saat
   Kemaskini : 20/10/2026 

Bancian Laman Web

Pendapat Anda Mengenai Laman Sesawang Kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta | Peta Laman | Soalan Lazim
PLANMalaysia@Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top