Rancangan Struktur Negeri
Pengenalan
Rancangan Struktur (RS) adalah merupakan suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa, termasuklah langkah-langkah untuk:
- Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal;
- Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas;
- Pembaikan tahap sosio-ekonomi, penggalakkan pertumbuhan ekonomi;
- Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa; dan
- Memudahkan pembangunan secara mampan
RS juga hendaklah mengandungi gambarajah, gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan-cadangan yang dikemukakan.
Kandungan RSN Perlis 2030
|
BAB |
PERINCIAN KANDUNGAN |
|
|
1 |
Pendahuluan |
|
|
2 |
Asas Pembentukan Strategi Pembangunan Negeri Perlis |
|
|
3 |
Wawasan, Matlamat, Objektif dan Kriteria Pembangunan Negeri Perlis |
|
|
4 |
Pelan Strategik Pembangunan Negeri Perlis |
|
|
5 |
Dasar Perancangan Strategik Negeri Perlis |
|
|
6 |
Projek ‘Flagship’ Negeri Perlis |
|
|
7 |
Mekanisme Pelaksanaan dan Pemantauan RSN Perlis |
|
|
8 |
Penilaian kemampanan RSN Perlis |
|
Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2009.
Fungsi Rancangan Struktur
- Menterjemahkan dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN);
- Menyediakan rangka pembangunan bagi Rancangan Tempatan (RT);
- Menentukan gunatanah utama negeri; dan
- Menentukan projek utama negeri.
RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERLIS 2030
(Warta Kerajaan No.25 (Tambahan No.1) Jilid 55 bertarikh 06 Disember 2012 )
Pengenalan
Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030 (RSN Perlis) merupakan dokumen perancangan yang memandu dan mengawal pembangunan fizikal seluruh Negeri Perlis sehingga tahun 2030. RSN ini disediakan selaras dengan peruntukan Bahagian III, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) bertujuan melengkapkan sistem perancangan fizikal dan menterjemahkan dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN) ke peringkat Negeri Perlis.
WAWASAN PEMBANGUNAN NEGERI PERLIS 2030

Muat Turun : Laporan Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030