𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐄𝐒𝐈𝐅 𝟐𝟎𝟑𝟎

KANGAR, 28 JULAI 2026 | Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis (PLANMalaysia Perlis) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pelan Pembangunan Peneraju Perlis Progresif 2030 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kecil 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr Dr. Mohamad Sabri bin Ahmad, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis (PLANMalaysia Perlis).
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan kandungan Pelan Pembangunan Peneraju Perlis Progresif 2030 secara menyeluruh, termasuk memperhalusi setiap komponen dan butiran pelan bagi memastikan ia selaras dengan aspirasi pembangunan Negeri Perlis.
Selain itu, mesyuarat turut memberi tumpuan kepada persiapan penganjuran Bengkel Pelan Pembangunan Peneraju Perlis Progresif 2030, yang bertujuan menghuraikan, memperincikan serta menyelaraskan setiap kandungan pelan, merangkumi strategi, inisiatif dan tindakan pelaksanaan yang telah dikenal pasti bagi memastikan pelan ini dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berimpak tinggi.
Turut hadir ialah Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perlis (ICU), Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Perlis, Pengurus Perlis State Secretary Incorporation (PSSI), Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, serta wakil-wakil daripada jabatan dan agensi berkaitan.
Semoga segala perancangan yang dirangka menjadi pemangkin kepada pembangunan Negeri Perlis yang lebih mampan, progresif, berdaya saing dan sejahtera menjelang tahun 2030.

Statistik Portal

    Jumlah pelawat : 77647
    Masa Capaian :  0.10 saat
   Kemaskini : 11/8/2026 

Bancian Laman Web

Pendapat Anda Mengenai Laman Sesawang Kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta | Peta Laman | Soalan Lazim
PLANMalaysia@Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top