πππππππππ ππππππππππππ πππππππππ ππππππ ππππππ πππ. π/ππππ
KANGAR, 30 JUN 2026 | Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Perlis Bil. 2/2026 telah diadakan dengan jayanya dan dipengerusikan oleh YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis.
Mesyuarat ini merupakan platform utama dalam membincangkan serta meneliti perkara-perkara berkaitan perancangan fizikal dan pembangunan negeri bagi memastikan setiap pelaksanaan pembangunan dilaksanakan secara terancang, mampan dan selaras dengan agenda pembangunan Negeri Perlis.
Pada mesyuarat kali ini, sebanyak 1 Kertas Kelulusan dan 7 Kertas Pemakluman telah dibentangkan untuk pertimbangan dan makluman ahli-ahli mesyuarat.
Turut diadakan Majlis Penyerahan Replika Cek bagi Kajian Perancangan Pelan Tindakan Khas Pekan Kecil dan Mukim serta Pembangunan Geoportal PerlisGIS, sebagai komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh aspek perancangan pembangunan wilayah dan pemerkasaan penggunaan teknologi geospatial bagi menyokong proses perancangan, pemantauan serta pengurusan pembangunan yang lebih cekap, bersepadu dan berdaya saing.
Turut hadir YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan, AMMK Pertanian, Kesihatan, Keusahawanan dan Koperasi serta Alam Sekitar; YB Tuan Wan Zikri Afthar bin Ishak, AMMK Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Digital, Pengangkutan, Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis; Tuan Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), serta Pengarah-Pengarah Jabatan Negeri dan wakil-wakil jabatan serta agensi teknikal negeri dan persekutuan.
Semoga segala keputusan dan perancangan yang dicapai melalui mesyuarat ini akan terus memperkukuh usaha pembangunan Negeri Perlis ke arah merealisasikan visi βNegeri Progresif, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi Menjelang 2040β, demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri secara mampan dan inklusif.