BENGKEL PEMURNIAN DAN PEMANTAPAN MS ISO 9001:2015 SERTA PENGENALAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2026
Pulau Langkawi, 21 Jun 2026 | Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis (PLANMalaysia Perlis) telah mengadakan Bengkel Pemurnian dan Pemantapan MS ISO 9001:2015 serta Pengenalan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2026 pada 19 hingga 21 Jun 2026 bertempat di Langkapuri Resort, Pulau Langkawi.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Harol Nizam bin Ngah, Pengarah Urusan EQ Management Associate Sdn. Bhd., yang berkongsi pengetahuan, panduan serta amalan terbaik berkaitan pengurusan kualiti bagi memastikan sistem pengurusan jabatan sentiasa relevan, berkesan dan memenuhi keperluan semasa.
Program ini turut dihadiri oleh TPr. Dr Mohamad Sabri bin Ahmad, Pengarah PLANMalaysia Perlis, serta melibatkan penyertaan daripada semua lapisan pegawai dan kakitangan PLANMalaysia Perlis.
Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman warga jabatan terhadap keperluan dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), di samping memurnikan dokumentasi sedia ada selaras dengan standard MS ISO 9001:2015 serta memberikan pendedahan awal mengenai perubahan dan keperluan baharu yang bakal diperkenalkan melalui MS ISO 9001:2026.
Melalui program ini, peserta berpeluang menilai semula proses kerja, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memperkukuhkan budaya kerja berkualiti yang berteraskan prinsip kecekapan, akauntabiliti dan penambahbaikan berterusan.
PLANMalaysia Perlis komited untuk terus memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan melalui pengamalan standard pengurusan kualiti yang cemerlang demi memastikan perancangan dan pembangunan negeri dapat dilaksanakan secara lebih efektif, sistematik dan berintegriti.