MINI SUKNA JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA ZON UTARA
𝐊𝐞𝐩𝐚𝐥𝐚 𝐁𝐚𝐭𝐚𝐬 , 𝟏𝟎- 𝟏𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 | PLANMalaysia Perlis bersama-sama PLANMalaysia Kedah, PLANMalaysia Pulau Pinang dan Pejabat Projek Zon Utara telah menyertai sesi latihan, pemilihan serta persiapan kontinjen Zon Utara sebagai persediaan menghadapi SUKNA Kali Ke-21 pada tahun 2026.
Program Mini SUKNA ini menjadi platform penting untuk mengenal pasti bakat, memperkukuhkan persediaan atlet serta membina semangat berpasukan dalam kalangan warga PLANMalaysia Zon Utara. Selain meningkatkan kecergasan fizikal, program ini turut mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara warga perancang bandar di peringkat zon utara.
SUKNA (Sukan Nasional Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) merupakan acara sukan dwitahunan yang dianjurkan secara bergilir oleh PLANMalaysia Negeri sebagai medium memupuk budaya hidup sihat, semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan warga PLANMalaysia di seluruh negara. Bagi tahun 2026, PLANMalaysia Selangor diberi penghormatan sebagai tuan rumah penganjuran SUKNA Peringkat Kebangsaan.
Semoga kontinjen Zon Utara terus bersemangat, berdisiplin dan memberikan prestasi terbaik demi mengharumkan nama zon dalam kejohanan yang bakal berlangsung nanti.