msen

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐞-𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

Ipoh, 11 Mei 2026 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis (PLANMalaysia Perlis) sedang dalam proses perancangan pembangunan Sistem e-Desa di peringkat negeri bagi memperkukuhkan pengurusan data kampung secara bersepadu serta menyokong perancangan pembangunan luar bandar yang lebih sistematik, efisien dan berkesan.

Sehubungan itu, PLANMalaysia Perlis telah mengadakan lawatan penanda aras ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak bagi mendapatkan perkongsian maklumat serta pengalaman berkaitan pelaksanaan Sistem e-Desa Negeri Perak.
Lawatan ini turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Tuan Rusdi bin Yahya bersama wakil daripada JUPEM Negeri Perlis, penghulu-penghulu serta Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat SUK Negeri Perlis dan delegasi PLANMalaysia Perlis.
Diharapkan lawatan ini dapat memberi input serta panduan berguna dalam usaha merealisasikan pembangunan Sistem e-Desa Negeri Perlis pada masa akan datang demi memperkasakan pengurusan dan pembangunan luar bandar negeri Perlis.

Statistik Portal

    Jumlah pelawat : 52949
    Masa Capaian :  0.24 saat
   Kemaskini : 14/5/2026 

Bancian Laman Web

Pendapat Anda Mengenai Laman Sesawang Kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta | Peta Laman | Soalan Lazim
PLANMalaysia@Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top