SESI PEMBENTANGAN DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PEMBANGUNAN PELANCONGAN PERSISIRAN PANTAI PERLIS 2035 (PULAU KETAM - SIMPANG AMPAT)
Kangar, 14 April 2026 - Pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seri Iskandar dangan kerjasama dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis (PLANMalaysia Perlis) telah melaksanakan satu kajian berkaitan rancnagan Kawasan Khas (RKK) Pembangunan Pelancongan Persisiran Pantai Perlis 2035 (Pulau Ketam – Simpang Ampat) bagi menyokong usaha perancangan pembangunan sector pelancongan di Negeri Perlis secara lebih terancang dan mampan.
Tujuan pembentangan ini diadakan adalah untuk membentangkan dapatan kajian, cadangan pembangunan serta strategi pelaksanaan yang telah dikenal pasti dalam penyediaan Draf Rancngan Kawasan Khas (RKK) Pembangunan Pelancongan Persisiran Pantai Perlis 2035 (Pulau Ketam – Simpang Ampat) kepada Kerajaan Negeri Perlis. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perlis.











