msen

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐒𝐈𝐓𝐈 & 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐃𝐑𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝟐𝟎𝟒𝟎 (𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀)

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐒𝐈𝐓𝐈 & 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐃𝐑𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝟐𝟎𝟒𝟎 (𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀)

Draf Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) merupakan dokumen perancangan statutori yang memandu dan mengawal pembangunan fizikal seluruh Negeri Perlis sehingga tahun 2040. Menurut Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], RS didefinisikan sebagai suatu penyataan bertulis yang merumuskan dasar dan cadangan am berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah di dalam Negeri Perlis dan disokong oleh gambar rajah utama.

Pelaksanaan program publisiti dan penyertaan awam adalah selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 9(1), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172] di mana sebelum Draf Rancangan Struktur diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberi cadangan dan mengemukakan bantahan.Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan bermula 01 September 2025 sehingga 30 September 2025 bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam dan semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula).

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) ini akan diadakan di 3 lokasi tetap dan 4 lokasi bergerak seperti berikut :-
📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 𝟎𝟏 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 – 𝟑𝟎 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓
Hari dan Masa :
⏰Isnin – Jumaat (9.30 pagi – 4.30 petang)
𝟭. 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗲𝘀𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀 (𝗣𝗟𝗔𝗡𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀)
𝟮. 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀 (𝗕𝗣𝗘𝗡)
𝟯. 𝗟𝗼𝗯𝗶 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗻𝗴𝗮𝗿 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀 , (𝗠𝗣𝗞𝗣𝘀)

🚐 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤
⏱️Hari dan Masa :
📆Ahad – Jumaat (10.00 pagi – 5.00 petang)
𝟭. 𝗦𝘁𝗲𝘀𝗲𝗻 𝗞𝗧𝗠 𝗔𝗿𝗮𝘂, 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀 ( 𝟬𝟭 – 𝟬𝟳 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 )
𝟮. 𝗖-𝗠𝗔𝗥𝗧 𝗔𝗿𝗮𝘂, 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀 ( 𝟬𝟴 – 𝟭𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 )
𝟯. 𝗚𝘂𝗮 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗺, 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀 ( 𝟭𝟱 – 𝟮𝟭 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 )
𝟰. 𝗚𝗶𝗮𝗻𝘁, 𝗞𝗮𝗻𝗴𝗮𝗿, 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀 ( 𝟮𝟮 – 𝟯𝟬 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱)

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RSN Perlis 2040 (Kajian Semula) di lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam sebelum atau pada 03 Oktober 2025 (Jumaat) melalui Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia atau borang maklum balas yang boleh didapati di lokasi pameran tetap dan pameran bergerak.

Semakan secara atas talian juga boleh dibuat di laman sesawang berikut :-
1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)
2. Laman Web PLANMalaysia Perlis
3. Laman Web Majlis Perbandaran Kangar, Perlis
Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula) boleh didapati melalui pautan :
Ambil tahu perancangan pembangunan kawasan anda. Gunakan hak anda, suarakan pandangan anda demi pembangunan negeri.

“𝘼𝙮𝙪𝙝 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙋𝙚𝙧𝙡𝙞𝙨, 𝙎𝙪𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙋𝙖𝙣𝙙𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝘼𝙣𝙙𝙖”
“𝙎𝙪𝙖𝙧𝙖 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩, 𝙎𝙪𝙖𝙧𝙖 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙨𝙖 𝙃𝙖𝙙𝙖𝙥𝙖𝙣”

𝐏a𝐤a𝐭-𝐏a𝐤a𝐭 𝐌a𝐢..J𝐮m𝐩a a𝐧d𝐚 𝐝i𝐬a𝐧a!

Statistik Portal

    Jumlah pelawat : 46465
    Masa Capaian :  0.08 saat
   Kemaskini : 27/2/2026 

Bancian Laman Web

Pendapat Anda Mengenai Laman Sesawang Kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta | Peta Laman | Soalan Lazim
PLANMalaysia@Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top