msen

Rancangan Fizikal Negara

Pengenalan

Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) merupakan asas perundangan di dalam penyediaan Rancangan Fizikal Negara. Bagi memastikan kesesuaian dan perubahan dengan keperluan semasa, Sub-Seksyen 6B (4) Akta 172 menetapkan keperluan RFN untuk dikaji semula setiap lima tahun selaras dengan Kajian Semula Rancangan Malaysia Lima Tahun, atau apabila diarahkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).

RFN Ke-2 menyediakan rangka kerja strategik jangka panjang bagi polisi spatial negara dan langkah-langkah diperlukan dalam membentuk halatuju dan corak gunatanah, pemuliharaan biodiversiti dan pembangunan fizikal sehingga tahun 2020 bagi Semenanjung Malaysia. Polisi perancangan yang disenaraikan disertai dengan pelan indikatif , termasuk pelan indikatif perancnagan sektoral mengikut negeri seperti pelan pembangunan rel berkelajuan tinggi, dan pelan rangka spatial negara untuk menyokong dan menterjemahkan strategi perancangan yang dibentuk.

Ianya diharap menjadi rujukan utama diperingkat agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sebagai panduan dalam membangunkan negara dan penyediaan peruntukkan serta di peringkat agensi tempatan dalam mengawal pembangunan dan pentadbiran tanah. Maklumat berhubung unjuran penduduk dan pelan perancangan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam juga di harap dapat membantu sektor pemajuan hartanah swasta dalam merangka projek pembangunan untuk meningkatkan pelaburan negara.

Perancangan spatial adalah suatu proses yang kompleks. Ianya melibatkan pelbagai bidang dan dasar yang berkaitan dengan pelbagai sektor dan pihak-pihak yang berkepentingan seperti sektor perkhidmatan utiliti dan penglibatan daripada sektor swasta. Perancangan fizikal yang berkesan adalah melibatkan penyertaan daripada pendekatan “top-down” dan “bottom-up’. Dalam penilaian semula RFN Pertama, perkara utama yang diambilkira ialah mendapatkan maklum balas secara diskursif dan konsultatif daripada semua agensi kerajaan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Ia adalah bertujuan untuk meningkatkan sistem pengurusan bandar yang terbaik (‘Good Governance’) dan penglibatan awam dalam perancangan yang berkesan.






Muat Turun : Laporan RFN Ke-3

 

Statistik Portal

    Jumlah pelawat : 16408
    Masa Capaian :  0.34 saat
   Kemaskini : 27/10/2021 

Bancian Laman Web

Pendapat Anda Mengenai Laman Sesawang Kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta | Peta Laman | Soalan Lazim
PLANMalaysia@Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top