msen

Rancangan Struktur Negeri

Pengenalan

Rancangan Struktur (RS) adalah merupakan suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa, termasuklah langkah-langkah untuk: 

  • Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal;
  • Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas;
  • Pembaikan tahap sosio-ekonomi, penggalakkan pertumbuhan  ekonomi;     
  • Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa; dan
  • Memudahkan pembangunan secara mampan


RS juga hendaklah mengandungi gambarajah, gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan-cadangan yang dikemukakan.


Kandungan RSN Perlis 2030

BAB

PERINCIAN KANDUNGAN

1

Pendahuluan

  • Keperluan penyedian RSN Perlis dan peruntukan berdasarkan Akta 172
  • Proses penyediaan RSN Perlis
  • Latar Belakang Negeri Perlis

 

2

Asas Pembentukan Strategi Pembangunan Negeri Perlis

  •  Rumusan penemuan utama berdasarkan Laporan Tinjauan
  • Aspek kedudukan Negeri Perlis dan hubungan sempadan
  •  Aspek penduduk dan potensi pertumbuhan ekonomi
  •  Aspek guna tanah dan pembangunan fizikal

 

3

Wawasan, Matlamat, Objektif dan Kriteria Pembangunan Negeri Perlis

  • Arah tuju pembangunan Negeri Perlis berdasarkan wawasan, matlamat dan objektif yang telah dipersetujui bersama oleh Kerajaan Negeri Perlis

4

Pelan Strategik Pembangunan Negeri Perlis

  • Pelan strategik pembangunan Negeri Perlis
  • Panduan pembangunan berdasarkan konsep pembangunan, hierarki petempatan dan keperluan guna tanah sehingga tahun 2030

 

5

Dasar Perancangan Strategik Negeri Perlis

  • Penyataan dasar berdasarkan wawasan, matlamat dan objektif pembangunan Negeri Perlis 2030
  • Perincian dasar melalui dasar strategik, langkah-langkah pencapaian, inisiatif pembaharuan strategik dan pihak pelaksana yang berkaitan.
  • Kriteria Perlis Bandaraya 2030 sebagai panduan kepada pemantauan tahap pencapaian pembangunan Negeri Perlis sepanjang tempoh perlaksanaan RSN Perlis.

 

6

Projek ‘Flagship’ Negeri Perlis

  • Senarai projek ‘flagship’ yang disertakan dengan perincian komponen pembangunan
  • Memudahkan pihak Kerajaan Negeri Perlis dan pihak terlibat mengatur tindakan dan menyediakan sumber kewangan.

 

7

Mekanisme Pelaksanaan dan Pemantauan RSN Perlis

  • Tindakan dan kaedah pelaksanaan serta pemantauan RSN Perlis
  • Pengukuhan jentera pelaksanaan Negeri Perlis
  • Cadangan insentif, tindakan dan galakan ekonomi Negeri Perlis.

 

8

Penilaian kemampanan RSN Perlis

  • Menilai tahap kemampanan objektif pembangunan, dasar perancangan utama, dasar strategik perancangan dan projek ‘flagship’ dengan kriteria kemampanan.

 

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2009.



Fungsi Rancangan Struktur
 

  • Menterjemahkan dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN);
  • Menyediakan rangka pembangunan bagi Rancangan Tempatan (RT);
  • Menentukan gunatanah utama negeri; dan
  • Menentukan projek utama negeri.

 

RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERLIS 2030

(Warta Kerajaan No.25 (Tambahan No.1) Jilid 55 bertarikh 06 Disember 2012 )

Pengenalan

Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030 (RSN Perlis) merupakan dokumen perancangan yang memandu dan mengawal pembangunan fizikal seluruh Negeri Perlis sehingga tahun 2030. RSN ini disediakan selaras dengan peruntukan Bahagian III, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) bertujuan melengkapkan sistem perancangan fizikal dan menterjemahkan dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN) ke peringkat Negeri Perlis.

 
WAWASAN PEMBANGUNAN NEGERI PERLIS 2030

"PERLIS NEGERI BANDARAYA 2030"
 
Perlis Negeri Bandaraya merupakan wawasan untuk menjadikan Negeri Perlis sebagai sebuah negeri yang mempunyai perancangan guna tanah, kecekapan perkhidmatan sosial, taraf sivik penduduk, kemudahan masyarakat, infrastruktur dan utiliti yang berkualiti dan setaraf dengan status bandaraya dalam acuan sendiri. Perlis Negeri Bandaraya merupakan aspirasi pembangunan dengan menerapkan ciri-ciri positif di dalam kehidupan bandar agar dapat dinikmati di Negeri Perlis. Negeri Perlis juga menekankan kepada pembangunan modal insan dalam aspek pendidikan, programprogram keilmuan, keagamaan, warisan dan budaya madani bagi menyokong kepada pembentukan negeri berilmu. Pemeliharaan dan pengurusan alam sekitar juga ditekankan sebagai taman landskap semulajadi Negeri Perlis.
 
Muat Turun :  Laporan Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030



 

 

Statistik Portal

    Jumlah pelawat : 16408
    Masa Capaian :  0.35 saat
   Kemaskini : 27/10/2021 

Bancian Laman Web

Pendapat Anda Mengenai Laman Sesawang Kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta | Peta Laman | Soalan Lazim
PLANMalaysia@Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top