msen

Rancangan Kawasan Khas

Suatu rancangan pemajuan yang disediakan dalam masa yang singkat untuk tujuan pelaksanaan. Hasil utama RKK ialah satu Pelan Tindakan Pembangunan yang disediakan sama ada dalam bentuk Pelan Susunatur atau Pelan Pengurusan atau kedua-duanya sekali. Pelan Tindakan Pembangunan ini disokong oleh Spesifikasi Pembangunan Terperinci dan Jadual Tindakan Pembangunan. RKK juga menyediakan Cadangan Program Pembangunan yang mengandungi Fasa, Kos, Agensi Pelaksana dan Pendekatan Pelaksanaan.

 
Terdapat 3 RKK telah disediakan di Negeri Perlis ;
 
  • Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandar Kangar (Diluluskan dan diterima pakai secara pentadbiran oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN.Ps Bil.1/2007 bertarikh 17 April 2007)
  • Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandar Padang Besar (Diluluskan dan diterima pakai secara pentadbiran Oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN.Ps Bil.3/2015  bertarikh 28 Ogos 2015)
  • Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandar Kuala Perlis 2030 (Telah Diwartakan (Warta Kerajaan No. 52 Jilid 59 bertarikh 10 November 2016)

Statistik Portal

    Jumlah pelawat : 16408
    Masa Capaian :  0.34 saat
   Kemaskini : 27/10/2021 

Bancian Laman Web

Pendapat Anda Mengenai Laman Sesawang Kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta | Peta Laman | Soalan Lazim
PLANMalaysia@Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.
Top